Wednesday 13 June 2012

Rahsia Pemakanan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Terasa rajin je tangan ni nak kongsi pada kwn2 semua tentang pemakanan ni...selalunya kita makan 'ikutsukadan' je, tapi ada beberapa jenis makanan yang baik dan boleh diamalkan dalam seharian...sudi2kanlah mata semua untuk baca post ni ye...! (^^-)

1) MADU

Al-Quran mengiktiraf madu sebagai sumber yang sangat berkhasiat. Ia berkesan menyembuhkan penyakit & memulihkan otak yang penat bekerja (spt berfikir, membaca, merancang & bermesyarat)

Di dalam surah An-Nahlu, ayat 69 terdapat firman Allah yang menyatakan tentang madu :


Maksudnya:
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


(+) ambil 2 sudu kecil / 1 sudu besar (gunakan sudu plastik) pada awal pagi & sebelum tidur...



2) KISMIS

Kaya dengan zat besi yang sangat penting unttuk membina darah & menyalurkan bekalan oksigen ke otak.


Nabi Muhammad SAW bersabda : "Barangsiapa memakan kismis merah sebanya 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia idak akan tertimpa penyakit kecuali kematian"

InsyaAllah...

(+) cara makan? baca Bismillah, selawat 3x & doa penerang hati. selalunya dimakan dengan bilangan yang ganjil (spt 7 biji, 15 biji, 21 biji dll)


3) KURMA

Amat penting bagi kaum hawa, kerana dapat memudahkan kehamilan, dan dapat memberikan tenaga dengan segera.

Dalam surah Maryam, ayat 25-26, Allah berfirman maksudnya :

" Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

Ayat ini berkaitan dengan Saidatina Maryam r.a., Allah SWT menyuruh beliau memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan nabi Isa a.s ketikamana beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak.



p/s : x susah pun untuk mencari makanan ni...kismis boleh dijadikan "makanan ringan" setiap hari...kurma pon sangat manis dan sedap dimakan. Namun, harus hati2 apabila memilih dan membeli madu, kerana zaman sekarang banyak madu lebah yang xasli....

Selamat Beramal (^_-)

Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment