Monday 19 November 2012

InTeam - Hamzah Asadullah

Assalamualaikum sahabat...

Hari ini nak kongsi sebuah lagu yang bez...lagu yang membuatkan saya terfikir tentang pengorbanan beliau dan lebih mengenali empunya diri; Hamzah Asadullah, iaitu salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang telah syahid sewaktu berperang. Kita dengar sama2 ek...



Tajuk : Hamzah Asadullah
Artis : Inteam
Album : Allahu Rabbi

Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyrikin
Sedang darah para syuhada'
Masih merah di lantai sirah

Ketamakan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka

Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilangan

Dan setelah dikenal pasti
Dia Hamzah perisai Nabi
Biar nyawa dikorbankan (jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat

Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah

Lailahaillahllah
Huwa saiduna Hamzah Asadullah
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah

Sudahkah puas hatimu Hendon
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat


No comments:

Post a Comment