Monday 22 October 2012

Kereta Cermin Gelap


Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua...
Jom, ikuti kisah menarik Kehidupan Saya pada kali ini....


HELLO MY LIFE...

21.10.2012_AHAD

Arini aku ade kisah menarik...(angkat kening double) Dari jam 12 t/hari sampai ke petang, aku ngan family pergi la keluar jalan, pergi beli barang dapur, beli barang asrama, dan pergi ke rumah makcik...well, al-maklum sajalah, bile dah balik waktu petang tu, susah la sikit nak dapat parking kereta kan, (biase la...rumah flat je...jadi tau2 jela kan...tempat parking nye terhad...) Sekali tu, ade la satu petak parking kereta...eh, kosong la...ade chance la nak letak, em tapi sayang seribu kali sayang...(hehe), kereta abah xboleh nak masuk la...sebab ade sebuah kereta ni, letak kat depan parking kosong tu...hadui...kacau stim gulai ikan btul la...

Kteorg mulanya pelik la jugak kan, kenape la empunya kereta tu xmasuk je kat parking kosong tu...?kan senang...heish...dah la kereta tu besar, cermin kereta pulak fully gelap...Ha, ni habak mai ni, nak dijadikan cerita, saya, abah dan ma turun la dari kereta, konon nak tolak ketepi la sikit kereta tu, supaya kereta abah boleh parking. Aku, adik2 aku pon turun la skali...hish, dah la kereta tu besar, berat pulak tu. kteorg  tolak jela, tolak punya tolak punya tolak, tibe2 kereta terberhenti...dalam hati aku ni cuak bukan main..."ha...sudah...apsal xgerak plak kete ni...? ade batu bata ke kt bawah kereta ni? ke dah rosak, sbb kteorg tolak...? 

Rupa2nya ade orang la kat dalam kereta tu...dye just nak tunggu orang je...sebab tu la dye xmasuk kt tempat parking tu...hahaha, memang memalukan giler ar....patutla time kami tolak kereta tu, beratnya bukan main...rupanya ade orang kt dalam...hahaha, seriously aku memang xperasan, gelap fully gelap cermin dye, xnampak bayang pon...tp abah aku prasan ade org lambai tangan...huhuhu, haru betol~

Kteorg xnampak sape orang tu, dye pon xturunkan cermin tu...tapi yang pastinya, orang tu nampak kteorg...=.='



Malu...malu...

END


Sape2 pernah alami x pengalaman macam saya...?
Hehehe~

Ok itu sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum...:)

Sunday 14 October 2012

Kelebihan Wanita

Assalamualaikum semua...(^.^)

Hari ni saya nak kongsi sedikit berkenaan kelebihan wanita.



Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjat untuknya"

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki wanita. Katanya :

1.  Wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT

2.  Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya

3.  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah

4. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh

5.  Allah SWT memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir

6.  Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan Allah SWT nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya

7.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah SWT sendiri yang akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang meenjaga auratnya purdah dengan istiqamah

Subhanallah...lihatlah bagaimana Allah SWT memuliakan manusia yang digelar sebagai isteri dan wanita. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan di atas. Tetapi perlu diingatkan kepada kawan-kawan yang  hendak berubah, janganlah memberi alasan, "saya tidak bersedia" atau "hati saya masih tidak terbuka lagi untuk memakai tudung" atau lain-lain, (itu alasan namanya...) tetapi tetapkan dalam hati, "aku ingin pakai tudung" atau "aku ingin berubah". InsyaAllah, dipermudahkan olehNya...Janganlah berhenti berdoa dan memohon kekuatan dari Dia yang Maha Kuasa....

Sekadar berkongsi...=) Syukran jazilan

Assalamualaikum...

Saturday 13 October 2012

Adakah Manusia Sama seperti Kereta??

Assalamualaikum wrhmtullh wa brktuh...

Hari ni saya cuma nak kongsi sebuah cerita...
sudi-sudikanlah baca ye....^^ syukran...

Hari ini, dalam jarak masa kurang 12 jam, meninggalkan waktu lalu, menandakan telah hampir seminggu keberadaanku di bumi Ireland.

Kembali untuk menuntu ilmu Allah  SWT yang luas, yang tidak terbandingkan.

Seperti tahun-tahun lepas, pemergianku masih dirasakan sayu oleh diri.

Masih rasa antara sebak dan suka untuk kembali dalam perjuangan mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupan yang fana ini.

Aku tiba di bumi Cork seawal petang mula menampakkan diri Ahad yang lalu.

Sepanjang perjalanan dalam Aer Lingus, kebosananku yang disangkakan pada awalnya (memandangkan tiket sebelum ini dibeli secara sendirian) terisi dengan kehadiran seorang teman sekelas di UCC (University College Cork) yang berasal dari Kuwait.

Sepanjang perbualan kami, pelbagai isu yang dibangkitkan.

Aku cuba menimbulkan isu 'klise' umat Islam sekarang, dan isu pertama ialah isu 'couple'. Kuwait yang sekarang ini dilihat lebih mengagungkan Amerika, jangan terkejut kerana mereka masih meliha bahawa budaya 'couple' is a big no-no.

Sahabatku ini sendiri, tiada keinginan untuk itu, baginya ia satu larangan dalam agama dan adat mereka. "So are you guys always in arranged marriage?" sooalan yang kurasakan perlu dirungkaikan olehnya.

"Begini, jika ada seorang lelaki yang ingin mengahwini saya, dia akan minta ibubapanya pergi berjumpa ibubapa saya, 'asking for my hand'. begitulah". (semestinya dia berbahasa Inggeris denganku).

Sungguh bagus pengamalan mereka kerana inilah yang sebenarnya paling baik dilakukan demi menjaga kesucian perkahwinan itu sendiri. Bukan seperti sekarang, apabila manusia semakin tidak kenal batas-batasan yang telah digariskan Islam.

Namun terselit kerisauan dalam bicara sahabatku ini kerana bumi Kuwait kini telah berubah jati diri manusianya kerana mereka telah berkiblatkan pemakaian yang bagai tidak cukup wang itu.

Walhal majoriti rakyat Kuwait adalah dalam kalangan mereka yang berkemampuan, pastinya punya wang untuk membeli hatta berela-ela kain membuat baju menutup aurat. Entahlah, apa yang cantik di pandangan mata apabila mana kulit badan di'bakar' di dunia.

Aku sendiri terkejut apabila dia bercerita selingkar isu 'couple' ini dengan mmembandingkan Kuwait dengan Malaysia, tanahairku. Frasa perbandingan yang lebih tajam iaitu "we don't couple, not like Malaysian" seakan menghukum semua pelajar Malaysia, terpalit pada  satu dosa yang sama.

Aku terpana dan merasakan ia satu pernyataan yang perlukan pembetulan.

Peneranganku dirasakan perlu memandangkan ia bukan perkara yang benar pada hematku.

Dosa ini aku tanggung, dosa melihat budaya 'couple' berleluasa di Malaysia dan juga di sini. Dan dibahuku ini jugalah terletak tanggungjawab meletakkan ia satu nokhtah pengakhiran.

Isu kedua ialah isu bertudung dan sahabatku ini sendiri yang mengutarakannya. Aku sendiri merasakan ia adalah satu isu yang acapkali didengar dan kehidupan yang semakin dewasa ini menampakkan keakraban ia dengan hidupku.

Bagaimana untuk melunaskan persoalan seorang bukan Islam seputar pemakaian tudung atau hijab ini sekiranya ada di kalangan Muslim itu sendiri tidak bertudung.

Tidak adil untuk aku menghukum mereka dengan jawapan yang aku sendiri tidak punya kuasa untuk menentukannya. Sahabatku menggunakan perkataan 'choice' sebagai satu kata yang menerangkan pilihan 'Muslims without hijab'.

Benarkah ia satu pilihan?

Seakan terangkat keningku mendengarkannya buat kali pertama, saat dia menerangkan asbab kata itu yang dipilihnya. Fikiranku cuba mencerna. Aku tidak bersetuju walhal Islam sendiri agama yang telah menggariskan aurat sedemikian rupa.

Jika Islam agamamu, apa hakmu menidakkan suruhan-Nya?

Perjalananku yang panjang kian ternokhtah dan yang terakhir ialah menaiki sebuah teksi untuk sampai ke rumah.

Teksi-teksi di sini kelihatan tidak sama dari segi penggunaan kereta. Kadang-kadang rasa macam orang kaya naik kereta yang besar dan jika di Malaysia, itu kereta orang-orang kaya sahaja. Kisah dalam teksi ialah manifestasi sebenar tajuk 'entry' ini.

Seperti biasa, dalam teksi yang besar itu, perbualan mengenai cuaca yang paling awal.

Aku cuba berinteraksi sebaik yang mungkin dengan pemandu teksi demi menjadikan ia satu perbualan yang dapat memberikan pulangan.

Bagaimana tu?

Tidak perlu aku bersusah-payah mencari atau berfikir isu, pemandu teksi (selepas ini aku bahasakan 'Uncle' dalam 'entry' ini) sendiri yang memandu perbualan kami kepada perkara seputar Islam.

Masih isu 'klise' namun ia satu yang segar kerana datangnya pertanyaan dan persoalan itu daripada seorang Katolik Kristian.

"I just wanna ask you, why do you wear your scarf? Don't get me wrong here, you guys look beautiful in it, but why?"

Aku hanya tersenyum dan kembali memandang ke arah Uncle dengan jawapan yang kuharap mampu menyelesaikan persoalannya.

Aku cuba menerangkan Islam itu hidup apabila konsep Ubudiyyah dan Rabbaniyyah itu diamalkan, pendek kata semua yang dilakukan oleh umat Islam adalah kerana-Nya.

Masih aku ingat kata-kataku sendiri, "Islam is the way of life. You have complete guidance in Islam, Islamic banking, slaughtery ways, family life and ect".

Sebaik mungkin aku cuba menanamkan pemahaman tentang Islam dalam diri Uncle memandangkan pengetahuannya tentang Islam secebis cuma. Alhamdulillah dia seakan berpuas hati dengan jawapanku ini dan tibalah persoalan yang kedua.

"Do you...you know, do...?"

Aku seakan dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Uncle dan aku cuba menyambung pertanyaannya. Dia mengangguk dan tersenyum sambil berkata, "I dare to ask about this because you look open".

Aku kembalikan persoalannya dengan jawapan yang seakan sama seperti sebelumnya. Tanggungjawab, kepatuhan, suruhan dan larangan Allah SWT aku tekankan serta contoh-contoh yang perlu.

"How about if both of he parties agree it do so? No one will know. Life is short. You have to enjoy it!"

"That's not the way to do that. God knows. In fact God knows everything. You can enjoy your life, but enjoy it the right way. No problem"

"Don't you say that you guys are still virgin?"

Ini sahaja yang aku ralat sedikit untuk menjawab. Pengakuan yang boleh mengundang bencana.

Teringat satu cerita senior ku di sini seputar perbualannya dengan seorang Irish. Ianya tentang isu yang sama dan perbualan itu berakhir kepada senior ku ini menyatakan bahawa semua Muslim 'girls don't have sex before marriage' (pernyataan pukul rata)

Satu pernyataan yang mengundang ekspresi muka yang tidak sedap dipandang pada muka Irish itu. Aku harapkan dengan ini, semua muslihat akan lebih menjaga diri di luar sana, terutama sekali yang berada di negara orang ini.

Takut pula memikirkannya bila ada orang Irish yang berfikir sedemikian rupa (muslimat di mana-mana jua perlu sentiasa berwaspada akan keselamatan diri masing-masing dan teman-teman ye!)

Bila aku menekankan kebenaran isu ini, Uncle tertawa. Dia cuba membandingkan dengan analogi membeli kereta.

Sebelum membeli kereta, pastinya ingin dicuba kereta itu dahulu. Sedap ke tidak untuk dipandu dan seterusnya barulah dibeli. Aku terdiam.

Sungguh singkat pemikiran Uncle ini rupanya. Ada ke patut disamakan kereta dengan manusia?

Sekadar hiasan


"Human is not a car. Human do has feeling".

Dia cuba membawa pemikiranku kepada cerita dirinya yang telah rujuk semula sesudah 6 tahun bercerai.

Tentang bagaimana perubahan kehidupannya selepas rujuk semula dan itulah antara isi kata-katanya di akhir-akhir perbualan kami.

Aku hanya menambah di mana yang perlu dan kembali menerangkan tentang Islam kepadanya. Uncle ingin mengetahui tentang Islam dengan lebih lanjut dan aku ambil nombor telefonnya sebagai satu janji menemukannya dengan orang yang lebih patut dia ketemu. Sejenak aku terfikir,

"So Uncle, your test drive hadn't work for your marriage. Your theory is rejected".

D' copy paste dr iloveislam...
OK, setakat itu sahaja...
syukran jazilan...(^.^)
Assalamualaikum...