Wednesday 20 June 2012

Tips Kehidupan

Assalamualaikum wrhmtullahi wabarokatuh...

Peluang yang ada kali ni, ingin dikongsikan kepada kawan2 mengenai kehidupan, tips untuk melayari kehidupan yang sementara ini.

1. Senyum


Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepadaa manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.

2. Ambil pengajaran



Setiap kesalahan yang dilakukan, dijadikan pengajaran, keinsafan itu adalah tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah agar tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur

Bersyukur dengan nikmat Allah dan bersabar dalam menempuh ujianNya.



Amat mudah mengucapkannya, tapi payah untuk dilaksanakannya. Maka mintalah pertolongan dariNya

4. Kesenangan dan kesusahan

Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. 
Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa. 



Maka mintalah hidayah dariNya agar kita tidak lalai dalam menjalani kehidupan ini.

5. Jangan sombong



Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu ialah cepat melahirkan sifat marah, riak mukanya sentiasa melahirkan rasa tidak senang jika ada orang yang lebih dari dirinya, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, dll.

6. Jadilah manusia yang normal



Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus
Orang yang cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah
Orang yang ada sifat marah, tetapi dapat disembunyikan - manusia normal

7. Sentiasa muhasabah diri



Merasakan diri kita ini hanya hamba Allah, akan melahirkan sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut dan merasa hina di hadapan Allah

8. Sentiasa ingat dosa kita



Ini akan membuatkan diri tidak lagi nampak kebaikan yang kita lakukan, apatah lagi untuk dibanggakan. 

9. Mesra



Lahirkan kemesraan sesama manusia, kerana itu adalah salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita. Tetapi jangan lupa untuk 'mesra' kepada Allah dan Rasulullah SAW

10. Ikhlas



Apabila kita rasa senang dengan pujian, dan rasa sakit dengan kehinaan, ini menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Selamat mencuba!!




Saturday 16 June 2012

Cinta

Assalamualaikum...

Cinta...
 Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya :

"Saya sayang abang"

"Saya cinta kamu"

"Saya teringatkn kamu"



Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?


Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata : "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini, maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkan kepada seluruh penduduk langit dan berkata : "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (hadis riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah...Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!" Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadith tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.



Oh Ar-rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati. Pasti dunia mereka dipenuhi dengan kebahagiaan...

Tiidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Fikir-fikirkanlah...(Peringataan bersama....)

Assalamualaikum...

Wednesday 13 June 2012

SayangKu


Walaupun baru je 4 hari sampai di Terengganu, teringat kt ma yang ade kat Kuala Lumpur sane...

Rahsia Pemakanan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Terasa rajin je tangan ni nak kongsi pada kwn2 semua tentang pemakanan ni...selalunya kita makan 'ikutsukadan' je, tapi ada beberapa jenis makanan yang baik dan boleh diamalkan dalam seharian...sudi2kanlah mata semua untuk baca post ni ye...! (^^-)

1) MADU

Al-Quran mengiktiraf madu sebagai sumber yang sangat berkhasiat. Ia berkesan menyembuhkan penyakit & memulihkan otak yang penat bekerja (spt berfikir, membaca, merancang & bermesyarat)

Di dalam surah An-Nahlu, ayat 69 terdapat firman Allah yang menyatakan tentang madu :


Maksudnya:
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


(+) ambil 2 sudu kecil / 1 sudu besar (gunakan sudu plastik) pada awal pagi & sebelum tidur...



2) KISMIS

Kaya dengan zat besi yang sangat penting unttuk membina darah & menyalurkan bekalan oksigen ke otak.


Nabi Muhammad SAW bersabda : "Barangsiapa memakan kismis merah sebanya 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia idak akan tertimpa penyakit kecuali kematian"

InsyaAllah...

(+) cara makan? baca Bismillah, selawat 3x & doa penerang hati. selalunya dimakan dengan bilangan yang ganjil (spt 7 biji, 15 biji, 21 biji dll)


3) KURMA

Amat penting bagi kaum hawa, kerana dapat memudahkan kehamilan, dan dapat memberikan tenaga dengan segera.

Dalam surah Maryam, ayat 25-26, Allah berfirman maksudnya :

" Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

Ayat ini berkaitan dengan Saidatina Maryam r.a., Allah SWT menyuruh beliau memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan nabi Isa a.s ketikamana beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak.



p/s : x susah pun untuk mencari makanan ni...kismis boleh dijadikan "makanan ringan" setiap hari...kurma pon sangat manis dan sedap dimakan. Namun, harus hati2 apabila memilih dan membeli madu, kerana zaman sekarang banyak madu lebah yang xasli....

Selamat Beramal (^_-)

Assalamualaikum...


PER'AWAL'AN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah

akhirnye dapat jugak hasilkan blog ni, (walaupun xseberape cantik...)

mudah2an dapat la dikongsi sedikit banyak tentang pelbagai asamgaram dalam kehidupan...

walaupun digelar sebagai mahasiswa, tetapi kita tetap manusia biasa, yang sering diuji dan diberi nikmat yang kadangkala terleka dengan segala macam dugaan yang Allah berikan...:)

Apepun, selamat berkenalan

p/s : kami budak baru belajar, kalo ade salah/silap, harap ditegur, atau kalo ade idea nak dikongsi, dialu2kan



Salam mahabbah~