Thursday 24 January 2013

Salam Maulidurrasul SAW 1434H

Assalamualaiakum, buat teman-teman semua

Selamat menyambut maulid Nabi SAW
Tunjukkan bukti kecintaan kita terhadap baginda dengan sentiasa berselawat ke atasnya. Mudah-mudahan kita semua akan diberikan syafaat olehnya di Hari Perhitungan kelak, ataz izin ALLAH SWT, in shaa Allah. Allahuma solli alaihi wasallam, a'ala aalihi wasohbihi wasallam.

Kat sini saya nak kongsikan sebuah lagu/nasyid yang bertajuk "Lukisan Rindu" dari kumpulan Are-Buddy. Pernah dengar x nama kumpulan ni...? Lagunye sedap-sedap semua. Dan lagu lukisan rindu ni lagu faveret saya...Enjoy it..! =D



Tajuk : Lukisan Rindu
Artis : Are-Buddy
Album : Kalimah Warisan

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang ak bisa ku lari darinya
Lukisan rindu yang terlakar di wajahku
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu kurindu, oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipiku
Sambil di bibirku berselawat mengingatimu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaatmu
Agar bisa bersamamu
Oh Rasulullah

Ku baca sirahmu
Ku hayati kata-katamu
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat
Ku andaikan diriku
Berada di sisimu
Namun ku lansung terpanar
Betapa hinanya aku di sampingmu

Aku yang banya berdosa
Mengharapkan maghfirah Allah
Aku malu padamu
Duhai Rasulullah
Lukisan rindu padamu penuh berwarna

p/s : Maaflah, saya xsertakan MV nya. Kalau nak dengar, boleh la cari kat internet ye...!

Hm, sebenarnya banyak lagi lagu yang berkonsepkan seperti ini. Teringat masa zaman sekolah dulu-kala, mesti ada pertandingan nasyid kan...? :) 

Apapun, semoga kita xlupa akan beliau yang sentiasa teringat akan umatnya yang akhir zaman ini. Semoga kita sentiasa basahkan bibir berselawat kepada beliau dan memuji Allah SWT. In shaa Allah...Amin...

Assalamualaikum

Monday 21 January 2013

Hasil Karya

Assalamualaikum semua...

Maafkan saya, kerana agak lama tidak men'update' blog ni...Rasenye dah bersawang berlapis-lapis dah ni...huhuhu~

Okey, kali ni saya nak kongsikan hasil kerja tangan saya...Memandangkan pada semester ini saya mengambil subjek "PENULISAN", jadi 'secara paksa dan rela' membuat perkara ini. Apa-apa komen dipersilakan...:D

RINDU


Rindu yang bertamu, tanpa dipinta
Hari demi hari, makin kuat perasaan ittu hadir
Demi sebuah cinta, aku rela menunggu
Walaupun detik masa seakan lambat berputar
Namun, aku sanggup menunggu...
Menunggu masa untuk bertemu dengan kekasih hati

Tiba masa yang kunantikan
Di kala insan lain sedang lena dibuai mimpi
Hatiku ini seakan ingin terus berjaga
Berjumpa denganMu merupakan...
Suatu saat yang sering kutunggu

Dengan linangan air mata
Mulalah aku mengadu padaMu
Merintih merayu pada Sang Pencipta
Agarku dapat menyulam cinta...
Dan mendambakan kembali cintaNya

Aku hanya berharap
Dan terus berharap
Semoga cinta dan kasihku akan dibalas olehNya
Kerna ku amat yakin dan percaya
Hanya Dia yang ada...
Cinta sejati itu

Junjungan besar SAW pernah bersabda :
Paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya
Adalah ketika bersujud
Maka patuhlah aku akan kata-katanya
Dan tanpa sedar
Air mata makin deras jatuh ke bumi

Ya Allah, Engkau sahaja Tuhanku,
Hanya padaMu aku meminta
Maka tunjukkan aku jalan yang benar
Jalan yang Engkau benar-benar redhai
Janganlah Engkau membiarkanku keseorangan
Terumbang-ambing dipukul ombak dunia

Hanya satu yang aku harapkan 
Rahmat dan kasih sayangMu
Semoga kekal hingga ke Hari Perhiungan
Yang dijanjikan olehMu


Saya sangat mengharapkan balasan daripada sahabat semua. Syukran kathir...:D
Assalamualaikum