Monday 27 August 2012

Luahan Hatiku

Alhamdulillah Ya Allah....
Ramadhan telah berlalu...
Kini masuk ke bulan Syawal...

Alhamdulillah Ya Allah...
Kau telah menceriakan bulan Syawal ini...
sesungguhnya ia adalah suatu kemenangan kepada hambaMu...:)
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Raya tahun ni rase mcm sekejap je...sejak 24 hb ogos lagi aku dah ade kt sini...kt Terengganu...menyambung kembali kehidupanku sebagai seorang pelajar...rasa rindu hanya Tuhan je yg tahu...rindu sgt2 kt keluarga....aku rindu adik2 aku yang manja-manja tu, rindu nk tngok muka ma dan abah yang teruja kerana gembira....hm rindukan semua 2...:( Tapi sungguh, perjuangan perlu diteruskan...kn...?mencari ilmu juga dianggap satu perjuangan...kn kn? :)

Ya Allah...
Semoga diriku tabah menghadapi semua ini...
Disini...

Thursday 9 August 2012

Malam Yang Penuh Berkat

Salam mahabbah :)

Hari ni, 9/8 2012, merupakan puasa yang ke-20 pada bulan Ramadhan pada tahun ini. Jadi, maknanya, kita sekarang berada di zon yang sangat-sangat penting, iaitu 10 malam terakhir Ramadhan, yang mana telah disebut oleh Allah SWT dalam kitab Al-Quran mengenainya, iaitu :


SURAH AL-QADR

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al-Qadar
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Al-Qadar itu?
3. Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana    membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Jadi, marilah kita sama-sama merebut malam yang penuh berkat ini dengan segala macam perkara yang baik, seperti solat sunat tahajjud dan solat2 sunat yang lain, ataupun setidak-tidaknya membasahkan bibir dengan mengalunkan ayat suci Al-Quran Al-Karim...:)

Selain iu juga, kita boleh melakukan qiamullail bersama, terutamanya mereka yang menetap di asrama, boleh ajak kawan2 sekali, ramai2 mengimarahkan malam berkat ini...=) Kat sini nak dikongsikan bersama sahabat tentang tips-tips untuk menghadapi 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan

1.  Memutuskan dari sekarang masjid yang akan diiktikaf nanti
2.  Mencari rakan @ teman beribadat
3.  Mengikut jemaah qiamullail bersama mushaf Al-Quran @ bawa bersama botol air agar tidak mengantuk
4.  Bertukar2 ibadah agar tidak jemu @ bosan
5.  Kurangkan bergaul @ bersembang dengan orang lain (tumpukan mencari malam Al-Qadar)
6.  Tidak berbuka puasa secara berlebihan sehingga kekenyangan
7.  Menyambung @ menambah bilangan rakaat solat sunat terawih di 2/3 malam

Ini semua sekadar perkongsian daripada orang lain...jika ianya bermanfaat, maka ambillah yang itu sahaja, tetapi jika terdapat kesalahan, maka harap dimaafkan...:)

Salam mahabbah untuk semua...