Thursday 9 August 2012

Malam Yang Penuh Berkat

Salam mahabbah :)

Hari ni, 9/8 2012, merupakan puasa yang ke-20 pada bulan Ramadhan pada tahun ini. Jadi, maknanya, kita sekarang berada di zon yang sangat-sangat penting, iaitu 10 malam terakhir Ramadhan, yang mana telah disebut oleh Allah SWT dalam kitab Al-Quran mengenainya, iaitu :


SURAH AL-QADR

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al-Qadar
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Al-Qadar itu?
3. Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana    membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Jadi, marilah kita sama-sama merebut malam yang penuh berkat ini dengan segala macam perkara yang baik, seperti solat sunat tahajjud dan solat2 sunat yang lain, ataupun setidak-tidaknya membasahkan bibir dengan mengalunkan ayat suci Al-Quran Al-Karim...:)

Selain iu juga, kita boleh melakukan qiamullail bersama, terutamanya mereka yang menetap di asrama, boleh ajak kawan2 sekali, ramai2 mengimarahkan malam berkat ini...=) Kat sini nak dikongsikan bersama sahabat tentang tips-tips untuk menghadapi 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan

1.  Memutuskan dari sekarang masjid yang akan diiktikaf nanti
2.  Mencari rakan @ teman beribadat
3.  Mengikut jemaah qiamullail bersama mushaf Al-Quran @ bawa bersama botol air agar tidak mengantuk
4.  Bertukar2 ibadah agar tidak jemu @ bosan
5.  Kurangkan bergaul @ bersembang dengan orang lain (tumpukan mencari malam Al-Qadar)
6.  Tidak berbuka puasa secara berlebihan sehingga kekenyangan
7.  Menyambung @ menambah bilangan rakaat solat sunat terawih di 2/3 malam

Ini semua sekadar perkongsian daripada orang lain...jika ianya bermanfaat, maka ambillah yang itu sahaja, tetapi jika terdapat kesalahan, maka harap dimaafkan...:)

Salam mahabbah untuk semua...


No comments:

Post a Comment