Tuesday 3 July 2012

Kenangan Di Perkampung Orang Asli

Assalamualaikum pembuka bicara...

Ingin sekali dikongosikan bersama kawan2 sekalian, mengenai program yang telah kami buat di Perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Program ni baru je tamat, kami start dari 28/6 hingga 1/7 2012. Memang menjadi kenangan yang sangat menggembirakan dan menyeronokkan...

Untuk pengetahuan semua, tidak semua penduduk di sini Islam, ada yang kristian, dan ada yang tidak menganuti apa2 agama (animisme) oleh itu kedatangan kami disini bukan sahaja untuk mengisi masa lapangan, malah membawa satu misi, iaitu menunjukkan bahawa cantiknya Islam, manisnya iman...dan indahnya ukhuwah yang diajarkan oleh Islam kepada penganutnya.

Seperti yang kita sedia maklum, perkampungan orang asli jauh dari orang bandar, yang serba tidak lengkap kehidupannya, mereka masih lagi mendiami rumah kayu (walaupun ada segelintir yang mendiami rumah batu, tapi dari sudut yang lain, mereka tetep mempunyai kekurangan), kehidupan yang miskin, dan yang paling penting, masih tidak mengenal keseluruhan tentang Islam. Mereka di sana tetap menunaikan fardhu sembahyang, walaupun jarang2, adik-adik di sana lancar baca al-fatehah, walaupun ketika sembahyang mereka masih lagi main-main...

Kat sini, saya nak kongsikan sedikit sebanyak ketika kami semua berada di sana...

Perkampungan Orang Asli Taman Sri Galas


HARI PERTAMA



time dalam bus, nak bertolak ke Kelantan


Dalam perjalanan ke Gua Musang, kami dapat snap beberapa pemandangan yang sangat menarik, Subhanallah, xsangka begitu indahnya ciptaan Ilahi...sangat cantik...

Gunung yang tinggi

Daun yang menghijau

dan yang paling menarik...




air sungai yang sangat tenang, dan berwarna biru,
tanpa dicemari oleh tangan manusia

Memandangkan perkampungan yang kami kunjungi ini jauh di pedalaman, jalannya tidak berapa elok, kami terhuyung-hayang berada dalam bas, dan kami banyak bertembung dengan lori yang membawa kayu balak...ini merupakan pengalaman baru bagi kami orang bandar...sampaikan xde siapa pun yang berani melelapkan mata ketika ini...

kayu balak yang besar

Setelah beberapa jam perjalanan, kami sampai di Perkampungan Orang Asli ini. Setibanya kami disana, kami dibahagikan kepada mak dan ayah angkat masing-masing...


Penduduk kampung berkumpul
plus, baju oren tu la amek saya...^^

Di sini, mereka memanggil mak "amek" manakala ayah dipanggil "apak". Alhamdulillah, saya telah mendapat amek dan apak yang menganuti Islam...mereka mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel dan pemalu....

Anak sulung, Nurul Ayuni, 9 tahun

Anak kedua, Nurin Syuhada, 8 tahun
Anak bongsu yang nakal, Nur Airin, 2 tahun

Amek bernama Nani, berumur 28 tahun, dan apak bernama Jumaat, berumur 30 tahun. Mereka kahwin 8 tahun lalu. Amek saya amat..amat sporting dan sangat baik. Apak pula selalu xde di rumah, kerjanya dari pukul 6.30 pagi smpai 7 malam. Jadi kami xsempat bermesra dengan apak. Tapi apak memang baik dan peramah...

Pada malam hari, kami cuma adakan mesyarat dan bersurai. Kami xtidur di rumah keluarga angkat, kami tidur di tempat lain. Lelaki tidur di surau kampung Sri Galas ni, pelajar perempuan pula tidur di surau Kuala Betis, ambil masa 10 minit perjalanan dari kampung ke sana. 

Hm, memandangkan kami pergi selama 4 hari, maka ceritanya sangat panjang. Jadi, setakat ni dulu saya bercerita...nanti ada masa saya akan sambung lagi ya...:)

Salam mahabbah

No comments:

Post a Comment