Thursday 19 July 2012

Sambungan

Salam mahabbah untuk semua...

Ok, mari kita sambung perjalanan kita di Perkampungan Orang Asli...:) Oh, lupa...xbagitau pon name program...


Nama program kami.....
Seindah Kasih Semanis Sayang :)

Memandangkan hari pertama telah diceritakan pada post yang lalu, kita lompat pada hari kedua pula...


HARI KEDUA

Memandangkan kami pelajar perempuan tidur agak jauh dari kampung orang asli, (jauh 10 minit je...) kami terpaksa bersiap awal, seawal jam 4.30 pagi, memandangkan van dan pajero akan mengangkut kami sebelum subuh...apa yang bole saya cakap, 3 kata sahaja...'memang penat gila'...(tapi berbaloi...^^ )

Hm, lepas siap sembahyang jemaah, kami siap2 untuk masak...menu kami pada hari 2 ialah mihun goreng... lepas je kami makan bersama keluarga angkat, kami ikut amek dengan apak ke rumah...terpulang pada kami untuk melakukan apa2 jua aktiviti...ada yang  pergi kebun, pergi mandi sungai, masak dll...

berjalan ke sungai...seronok...^^




ha...inilah sungainye....
nampak best kan...? :)

Hm, bila masuk zohor, pelajar lelaki sume pergi sembahyang...kami pelajar perempuan pula ajak adik2 ke surau...kami ajarkan fardhu ain...ajar baca al-fatehah, mengenal huruf2 jawi, dan sebagainya...


semangat adik2 ni nak jawab soalan kami...

Lepas solat asar, kami balik ke rumah amek dan apak...masak...dan makan...^^ ukhuawah antara kami jadi semakin erat...macam2 perkara yang kita dapat tahu...hanya bersama mereka, hati sudah terpaut....sayangnya mereka kepada kami sebagaimana sayang mereka kepada anak sendiri...sangat seronok...Pada sebelah malam, kami hanya adakan solat jemaah dan taklimat...


HARI KETIGA

Ha...time ni lagi seronok...kami adakan sukaneka sehari bersama keluarga angkat...mula2 kami adakan sukaneka antara anak angkat dengan apak dan amek...sebelah petang pula kami (abang dan kakak angkat) bersama adik2 angkat...

Antara yang dipertandingkan ialah rebut kerusi, sumpit, dan kasih bertaut (anak angkat kena cam amek nya sendiri...)

mereka nmpk x sabar2 dah nak maen...:)

time pertandingan sumpit...
(pengalaman baru bagi pelajar lelaki...)

kami dah sedia nak cari amek ni....

Lepas je maen, kami buat Cak Rakyat, iaitu makan besar...


nampak berselera je mereka makan, kan...?

Ok, pada sebelah malam pulak, kami adakan tayangan dan makan malam...maklumlah, esoknya kami dah nak balik...kami kumpulkan semua gambar kenangan kami, dan jadikan sebuah video yang sangat best..!


kami asyik tergerlak je bile tengok video ni...^^


HARI KEEMPAT

Untuk makluman awal, di Kelantan dan Terengganu, mereka akan start sekolah ari Ahad hingga Khamis, cutinya hari Jumaat dan Sabtu. Memandangkan arini adalah ari Ahad, jadi adik2 kami dari pagi dah bangun, bersiap ke sekolah...dan mereka ni sempat lagi berjumpa kami semua...huhuhu, rasa sangat sayu untuk meninggalkan mereka...ada jugak sesetengah daripada mereka xnak balik lagi ke asrama...masih duduk di rumah, sehingga kami semua pulang....

gambar bersama adik...jam 7 pagi...

Setelah matahari menampakkan diri, (xsilap time 2 pukul 8.30 pagi) kami telah bersiap2 dan berkumpul di surau...bersama amek dan apak...apa yang mengejutkan, kami semua dapat ole-ole dari mereka...sangat mengharukan....kenangan yang xdapat dilupakan.....


cube tengok atas kepala kami...
hehehe, i2la ole2 yang kami dapat...:)

ni gambar apak2 kami yang encem...

time kami bersalaman...

amek2 nangis time buat salam selamat tinggal...:(

buatan tangan amek...cantik kan...? :)



Hm...terasa bagai semalam je peristiwa ni berlaku...apapun, kami rasa gembira sebab dapat bertemu dengan mereka semua. InsyaAllah kami akan buat program susulan pula...:)

# kami masih lagi berhubung dengan apak dan amek...mereka selalu mesej dan call. InsyaAllah hubungan ni akan kekal...amin...:)

Beransur dahulu ya...Assalamualaikum...







No comments:

Post a Comment