Sunday 14 October 2012

Kelebihan Wanita

Assalamualaikum semua...(^.^)

Hari ni saya nak kongsi sedikit berkenaan kelebihan wanita.



Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjat untuknya"

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki wanita. Katanya :

1.  Wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT

2.  Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya

3.  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah

4. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh

5.  Allah SWT memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir

6.  Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan Allah SWT nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya

7.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah SWT sendiri yang akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang meenjaga auratnya purdah dengan istiqamah

Subhanallah...lihatlah bagaimana Allah SWT memuliakan manusia yang digelar sebagai isteri dan wanita. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan di atas. Tetapi perlu diingatkan kepada kawan-kawan yang  hendak berubah, janganlah memberi alasan, "saya tidak bersedia" atau "hati saya masih tidak terbuka lagi untuk memakai tudung" atau lain-lain, (itu alasan namanya...) tetapi tetapkan dalam hati, "aku ingin pakai tudung" atau "aku ingin berubah". InsyaAllah, dipermudahkan olehNya...Janganlah berhenti berdoa dan memohon kekuatan dari Dia yang Maha Kuasa....

Sekadar berkongsi...=) Syukran jazilan

Assalamualaikum...

2 comments: