Monday 21 January 2013

Hasil Karya

Assalamualaikum semua...

Maafkan saya, kerana agak lama tidak men'update' blog ni...Rasenye dah bersawang berlapis-lapis dah ni...huhuhu~

Okey, kali ni saya nak kongsikan hasil kerja tangan saya...Memandangkan pada semester ini saya mengambil subjek "PENULISAN", jadi 'secara paksa dan rela' membuat perkara ini. Apa-apa komen dipersilakan...:D

RINDU


Rindu yang bertamu, tanpa dipinta
Hari demi hari, makin kuat perasaan ittu hadir
Demi sebuah cinta, aku rela menunggu
Walaupun detik masa seakan lambat berputar
Namun, aku sanggup menunggu...
Menunggu masa untuk bertemu dengan kekasih hati

Tiba masa yang kunantikan
Di kala insan lain sedang lena dibuai mimpi
Hatiku ini seakan ingin terus berjaga
Berjumpa denganMu merupakan...
Suatu saat yang sering kutunggu

Dengan linangan air mata
Mulalah aku mengadu padaMu
Merintih merayu pada Sang Pencipta
Agarku dapat menyulam cinta...
Dan mendambakan kembali cintaNya

Aku hanya berharap
Dan terus berharap
Semoga cinta dan kasihku akan dibalas olehNya
Kerna ku amat yakin dan percaya
Hanya Dia yang ada...
Cinta sejati itu

Junjungan besar SAW pernah bersabda :
Paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya
Adalah ketika bersujud
Maka patuhlah aku akan kata-katanya
Dan tanpa sedar
Air mata makin deras jatuh ke bumi

Ya Allah, Engkau sahaja Tuhanku,
Hanya padaMu aku meminta
Maka tunjukkan aku jalan yang benar
Jalan yang Engkau benar-benar redhai
Janganlah Engkau membiarkanku keseorangan
Terumbang-ambing dipukul ombak dunia

Hanya satu yang aku harapkan 
Rahmat dan kasih sayangMu
Semoga kekal hingga ke Hari Perhiungan
Yang dijanjikan olehMu


Saya sangat mengharapkan balasan daripada sahabat semua. Syukran kathir...:D
Assalamualaikum 



No comments:

Post a Comment